Hari last all out trip,.. mula-mula terus ke Buiding 63, antara
bangunan tertinggi di Seoul, ada beberapa Museum untuk dilawati. Untuk ke sana,
Subway Line No 1 atau Line 9 ke Stesen NORYANGJIN, lepas
tu kene naik teksi la atau
Subway Line No 1 ke Stesen DAEBANG, keluar dari subway
ada shuttle bas FOC ke Building 63
- Buka jam 1000H, ada beberapa Museum di sana, Skyart Museum, Wax Museum, 3D Dinasour, Cuma costing agak tinggi kalau nak masuk semua Museum.
Then kami terus menuju NAMSAN TOWER. Tempat yang konsider
wajib kene pegi lah, asyik dok nengok drama berlakon kat situ, Awan Dania kot
tak silap, main letak padlock banyak2… hahahaha…
- Naik Line 1 dari stesen DAEBANG arah ke SEOUL STATION dan turun di SEOUL STATION
- Tukar ke Line no 4
- Berhenti di stesen MYENGDONG, EXIT 3 atau 4
- Kalau terkeluar EXIT 1 boleh jugak, Cuma jalan kaki mendaki bukit dan agak jauh (maintain fitness boleh).. hehehe
Tapi nak jadi cerita, kami tersilap EXIT ke pintu 1, jadi
bila keluar tak nampak lokasi Cable Car. Kebetulan ada 1 group gang2 warga emas
dgn pakaian sukan, dalam 7 orang. Kami pun terus tanya lokasi ke Cable Car,..
ada seorang uncle boleh berbahasa Inggeris mengajak kami berjalan bersama
kerana haluan yang sama. Sambil berjalan sambil bersembang,.. rupanya Uncle ni
kerja sbg Engineer di Korean Air, masih bekerja cuma 2 kali seminggu. Berusia 68
tahun, ada 3 orang anak dan 2 orang cucu bagi setiap anak (6 orang senang
cerita)… katanya tak jauh, jadi kami pun ikut jer langkahnya. Walaupun group ni
group veteran yang berusia 65 tahun ke atas, tetapi sangat fit!. Tak mengah,
siap boleh gelak2 dan laju pulak tu mendaki bukitnya.
Sesampai di Cable Car Station, dia tersenyum dan mengucap
selamat pada kami dan melambai. Ingatkan nak naik cable car sekali, rupanya
berjalan terus sampai Namsan Tower!.. malu pulak rasanya .. ;p
Selesai beli tiket dengan harga 8,500 won seorang untuk
roundtrip. Sampai sahaja ke atas, kebetulan tgh berlangsung ceremony
menghidupkan api becon kat atas. Selesai upacara tradisi dgn pakaian tradisionalnya
kami pun ambil kesempatan bergambar dan terus ke Namsan Tower.
Apa lagi, semua visitors terutama dari luar negara bergambor
sakan, berposing,.. bila kami posing ramai yang dan mintak org ngambik gambor,
ramai yang tergelak2 tapi lepas tu depa plk yang posing camtu.. hehehe.. Cuaca
atas bukit sederhana, sekitar 20-22°C dan berangin, berkabus nipis, boleh
nampak bandar Seoul dari atas bukit. Bau harum kopi dan Roti + Oregano bakar
menusuk ke lubang hidung menyebabkan perut jadi lapar, tetapi apakan daya
makanan lom tentu halalnya. Kami pun cari satu angle dekat dengan paip air
minuman, bukak bekal nasi, sambal tumis, ikan Bandeng (indon mari) goreng, ikan
bilis (ala2 menu nasi lemak).. mmg sedap makan tgh lapar dgn cuaca sederhana
camni. Ramai lg orang2 local siap bawak tikar dan bekal berkelah dgn keluarga
dan kawan-kawan. Memang meriah kat atas…
Di atas tower tu ada juga Muzium, mcm Teddy Bear Museum, Cuma
kami tak berapa minat nak ke atas tu,.. kaunter tiket ada di bawah. Setelah
puas berposing2 kami turun ke MYEONGDONG semula dgn Cable Car. Sampai sahaja ke
bawah, tanya dgn security terun pointing jari k bangunan tinggi ada huruf ‘M’
besor.. Tu la MYEONGDONG Market. Turun jalan kaki dalam 15 minit dan
sampailah..
Sampai ke bawah, kami pun pusing2 dan cuci mata jer, takde
shopping apa2 pun sebab rasa mahal, lps tu takde la kot benda pelik2 sikit nak
bawak balik. Ada la beli makanan dgn offer buat rasa2.
Penat jugak memusing window shopping, terus balik.
- Ke stesen MYEONGDONG subway Line 4 CHUNGMURO
- Tukar ke Line 3 arah OGEUM terus ke stesen SINSA
Balik hotel, solat dan berehat kejap…
Petang, kami keluar semula, kali ini ke INSA-DONG MARKET,
nak tengok2 apa yang sesuai dibeli atau sekadar window shopping jer,.. subway
tukar-tukar hingga ke Line 1 stesen JONGGAK, EXIT 3. Jalan terus hingga melalui
hujung blok bangunan, terus nampak di sebelah kiri sepanjang-panjang pasarnya. Fokusnya
adalah sourvenier. Beli jugak la sikit2 utk kenang kenangan, Penanda buku,
Tshirt I LOVE KOREA, dan sikit2 pelekat peti sejuk. Barang biasa jer, tapi
harganya yang tak tahan bila dah convert dlm RM.
Hajat terakhir adalah ke HANGANG RIVER CRUISE. Cuma sebab
kesuntukan masa, rasanya takde la naik cruise, kosnya 11,500 won seorang. Tempat
mmg cantik dan bersih. Rekreasi keluarga, ada yang berbasikal, ada yg
berkhemah, minum2.. macam2 aktiviti berkeluarga.
- Dari INSA-DONG terus ke Stesen Subway Line 1 stesen JONGGAK ke JANGNO 3(SAM) GA – 1 stop
- Tukar ke Line 5 arah BANGHWA terus ke stesen YEOUIDO
Keluar subway, jalan kaki 5 minit dah sampai.
Settle snap2 gambor, terus balik semula ke Motel dengan
subway. Perjalanan harini memang sangat
pack dan penat, tapi sangat puas walaupun tak dapat pergi semua. Esok pagi kami
hanya berkemas dan bergerak ke Incheon Airport sekitar jam 1100H dan tiba di
Incheon Airport sekitar jam 1240H dgn subway jugak.
Di sebabkan zohor dah masuk, jadi saya terus cari prayer
room, tp sayangnya takde Muslim Prayer Room, maka lepas wudhuk cari angle yang
sesuai, bentang sejadah, solat terus. Selesai masalah. Penerbangan balik ke KL
jam 1625H waktu tempatan. Alhamdulillah tiba di KLIA2 jam 2130H, selesai ambik
bagasi sekitar 2230. Bertolak ke Ipoh jam 2350H setelah bersembang2 seketika di
rumah ucu. Sampai di Ipoh 0200H 10 Jun 2014.
No comments:
Post a Comment