Blogger templates

Pages

Monday, December 20, 2010

Laksa Sanggul, Kampar, Perak

Kali pertama aku merasai kenikmatan Laksa Sanggul ni setelah di'rekemen' oleh seorang rakan di tempat kerja ku. Khabarnya laksa nya sedap.. tp bgku selera dan citarasa masing-masing memang tak sama. Ada org kata sedap, tp bgku biasa jer.. mungkin kerana seleraku aku pernah merasai sesuatu yg lebih sedap. Namun, kerana gambaran yang dielobrasikan oleh rakanku telah berjaya untuk mempengaruhi aku untuk mencuba dakwaan beliau terhadap kelazatan laksa tersebut.

Seawal jam 8 pagi aku bertolak dari rumah aku ke pekan kampar, lebih kurang 30 hingga 40 minit dari rumahku. Kampar adalah satu pekan di selatan ipoh yang mempunyai sejarah tersendiri. kawasan tersebut telah mula berkembang dewasa ini dengan adanya UNITAR dan pembangunan-pembangunannya.

Untuk mencari Laksa Sanggul tersebut tidaklah sesusah mana. Pemanduan terus menuju ke Pasar awamnya dan kelihatan satu tempat makan terbuka yang terdapat banyak gerai-gerai kecil disitu. Setelah meletakkan keretaku aku terus mencari gerai berkenaan. Ketika aku sampai (hari ahad), jam menunjukkan 0845. Rasanya masih awal dan tentu Laksa masih banyak. Tetapi sangkaanku agak melesat kerana hanya tinggal cukup untuk beberapa bungkus. Dengan pantas aku meng ‘oder’ 1 pinggan untuk dimakan dan 3 untuk dibungkus. Seperti kebiasaannya, makanan yang pertama kali aku mencuba, aku hanya memesan 1 pinggan yang akan dikongsi dengan isteriku.

1st impression kulihat laksa ni seperti laksa biasa dan andaianku.. nampak macam biasa jer... Laksanya dibuat sendiri daripada tepung gandum (bukan laksa tepung beras yang berwarna putih dan licin). Kuahnya yang kelihatan agak cair dengan sedikit isi ikan sardin hancur. Dengan aksesori cili padi, limau kasturi, bawang potong, daun pudina, timun dan salad. Penuh dan padat semangkuk berharga RM2. Mmg cukup murah untuk laksa yang kuantitinya penuh semangkuk. Tidak dilupa juga sedikit otak udang.

Hirupan pertama sahaja telah membuatkan aku ingin menghirup untuk kali kedua dan seterusnya sehinggalah ditegur oleh isteriku yang sedang menunggu di sebelah. Rupanya aku tak sedar yang sudah hampir separuh laksa tersebut telah disuap yang hanya diperhatikan oleh isteriku dek kelazatan rasanya. Lantas, aku memesan sepinggan lagi untuk isteriku. Mujurlah masih ada berbaki untuk kami sepinggan lagi sebelum kami menghabiskannya. Jam 9 pagi, yang masih berbaki hanyalah kuahnya. Tiada makna memakan laksa jika hanya menghirup kuah bersama aksesori tanpa laksanya. Kombiasi rasanya yang agak masam, pedas dengan kekenyalan laksa cukup membuatkan aku teruja untuk mencubanya lagi.

Setelah selesai menjamu selera, sempat kami berbual dengan pemilik gerai tersebut, merupakan seorang kelahiran Pakistan dan telah lama datang berhijrah ke bumi bertuah Malaysia. Beliau telah berniaga di Kampar, Perak lebih 40tahun. Senduk yang digunakan untuk mencedok kuah tersebut terdapat bekas pateri rupanya telah sekian lama digunakan dan menurutnya lagi tiada dijual di sini. Ketika kami berbual, masih ada lagi pelanggan yang datang tetapi masing-masing hampa kerana telah kehabisan.

Di satu sudut lagi, kelihatan sepasang suami isteri, lingkungan 30an bersama ibu dan anaknya. menurutnya lagi mereka datang dari Kuala Lumpur jam 6 pagi untuk bersarapan Laksa Sanggul di samping pulang ke kampung halaman mereka di Kampar. Tidak kurang juga ada yang datang dari Singapura dan Pulau Pinang untuk menikmati laksa Sanggul tersebut. Menurutnya lagi, ada seorang pelanggannya, iaitu anak tempatan telah bekerja di London, apabila pulang ke Kampar, sudah pasti Laksa Sanggul menjadi hidangan paginya kerana suatu ketika dulu, beliau adalah pelanggan tetapnya ketika masih bersekolah rendah.

Apa yang pasti, rasanya terdapat kelainan daripada Laksa Penang, Kedah, dan Johor yang biasa aku rasa. Dan ada mirip Laksa Kuala Kangsar. Namun yang pasti, ia adalah Laksa Sanggul kerana Laksanya dalam bentuk bergulung-gulung dan bersanggul seperti Mee Sanggul dan ia pasti membuka selera kepada penggemar-penggemar Laksa.

No comments: