Bertolak
dari Ipoh ke Sepang dengan memandu ke rumah Ucu dan dihantar oleh ucu dan pak
ucu dari bandar Seri Ehsan terus ke KLIA2 sekitar jam 2215H malam. Dengan penerbangan
terus Air Asia X Airbus A330 dari KLIA2 ke Incheon Airport selama 6 jam 25
minit. Jam 0020H kami mula boarding dan berlepas sekitar jam 0100H. Tiba di
Incheon Airport sekitar jam 0830H waktu Seoul, terus dengan pemeriksaan imigresen
dan kastam. Destinasi pertama adalah ke Itaewon Land Guesthouse yang telah di
tempah melalui booking.com. Direction untuk ke Itaewon Guesthouse telahpun
dicetak, tetapi dengan tulisan Korea dan Nama-nama stesen dengan subaway dengan
tulisan Korea akan menyebabkan sedikit bingung. Maklumlah, pergi backpackers
jer, redah jer ikut study dari blog-blog. Sebaik sahaja keluar dari Airport,
ada bas tersusun dan kaunter tiket di hadapan pintu airport. Bila tanya terasa
macam ada lagi masalah. Komunikasi. Agak susah sebab mereka tak pandai
berbahasa Inggeris, Melayu dangan Arab jauh sekali, aku pulak tak pandai
berbahasa Korea. Tulisan dan sign language ajer la yg membolehkan
berkomunikasi. Tambang bas ke Itaewon 50,000 won iaitu 50 X RM3.3 = RM165
seorang, X pulak 2 orang.. adoi, mahal.
Jadi, terus ikut sign board ke
Railroad, rupanya seberang jalan jer. Nak naik tren tapi camna nak beli tiket?..
jumpa seorang guy yang sedang berjalan ke stesen jugak, terus tanya, dia pun
membantu belikan tiket dan bawa kami kerana haluan yang sama, Cuma stesennya
lebih awal dari kami dan kami terpaksa menukar ke Line no 6 terus ke Stesen
Itaewon. Untuk ke ITAEWON dari INCHEON AIRPORT.
- Naik RAILROAD sehingga GONGDEOK Station (1 stesen sebelumSeoul Station).
- Tukar ke Subway No 6 dan naik Subway hala ke BONGHWASAN sehingga ke Stesen ITAEWON
- keluar melalui EXIT 3.
- Ambik guideline untuk subway, ada yang bahasa Inggeris utk semua station
- Beli T-Money (Touch & Go) kat 7 Eleven atau kedai serbanika kat Exit/Entrance Subway,
Destinasi setelah sampai
hari pertama hanya berjalan sekitar Itaewon, melawat masjid yang satu-satunya
ada di situ, bersih, cantik, kemas dan Tulisan Khatnya mmg cantik. Ramai Muslim
di sini adalah orang Arab, Pakistan, India, Turki dan agak ramai juga orang
Korea yang beragama Islam. Di sini juga, kami terjumpa ramai rombongan dari Malaysia dari macam-macam tour agency, layan jugak la nyembang dengan deme, ada jugak group2 artis Malaysia yang tengah buat shooting kat situ, tapi teman tak kenal pulak sapa dia, tgh sibuk2 malas pulak nak ngacau bergambor, kata wife teman,.. tu ler Izzue Islam,.. rajin drama-drama melayu buat shooting kat luor negara sekarang ni...
Biasa lah, nak ke masjid dan jalan-jalan sekitar
Itaewon pun kene memanjat naik turun bukit, tangga. Memang fit fizikal kalau 3
minggu dok hari-hari berjalan kat korea ni.. hehehe..
No comments:
Post a Comment