Blogger templates

Pages

Saturday, May 9, 2009

Khinzir dan selsema

Baru-baru ni kita digembarkan dengan kematian di Mexico dan beberapa negara di dunia kerana selsema khinzir selsema burung. Macam-macam selsema ada. Tetapi apa yang membimbangkan, selsema atau virus influenza A ni boleh membunuh. Kalau masa selsema burung, habis semua unggas-unggas dilupuskan. Tapi, bila selsema khinzir je.. dilupuskan ke tak?.. kurang periksa la...
Mungkin kerana khinzir ni adalah salah satu makanan utama manusia, mungkin bagi sesuatu tempat la agaknya. Tetapi bagi pandangan saya la,khinzir ni binatang yang memang dah jelas pengharamnya di dalam Al-Quran seperti mana firman Allah mafhumnya :

" Haram bagi kamu memakan bangkai dan darah dan daging khinzir dan yang disembelih bukan dengan nama Allah.... akhir"
- Surah Al-Maidah, Ayat 3

Biasanya kalau dah jelas spesifikasi hukum tu, memang tidak boleh diragukan dan tiada perbahasan mengenai hukum makan daging khinzir kalaupun ketika darurat, daging khinzir adalah makanan terakhir yang diharuskan untuk makan, dan memang tiada makanan lain selain drpd khinzir tu, kalau tak makan, akan mati dan katakanlah tengah makan, nampak biawak lalu, kena tinggalkan khinzir tu dan makan biawak tu lebih baik.

Di sebalik pengharamannya, ada 1001 hikmah yang boleh difikirkan. Selain daripada hukum sebagai tanda kesetiaan kepada Allah (li taabbud) ada banyak sebab-sebab lain yang berkaitan hikmah pengharamannya.
Sebenarnya, virus influenza ini dah menyebarkan wabaknya sejak tahun 1918 lagi, sewaktu perang dunia pertama. Wabak yang dikenali sebagai Spanish Flu yang membunuh hampir 20 hingga 40juta manusia seluruhnya yang dikatakan berpunca daripada khinzir2 yang dimakan oleh tentera Amerika dan di bawa serta berjangkit ke seluruh dunia dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan Asian Flu pada tahun 1957 dan wabak yang menyerang Hong Kong tahun 1968 berkemungkinan berpunca daripada khinzir. Di Malaysia pula wabak JE dikaitkan dengan khinzir selain dari NE yang juga datang daripada khinzir ini.
Virus ini sebenarnya adalah sejenis protein yang dinamakan sebagai H1N1. (H) merujuk kepada hemagglutinin dan (N) neuraminidase. Kesemua virus influenza A terdiri daripada 2 perkara ni cuma berbeza dari struktur protein sahaja bergantung kepada perubahan mutasi genetik. Virus Influenza A ini pula terdiri daripada 2 keadaan protein H 1 hingga 16 dan N 1 hingga 9. Meskipun demekian, H 1,2 dan 3 serta N 1 dan 2 adalah yang lazim ditemui pada manusia.
Ini bermakna kita masih lagi terdedah kepada 144 virus influenza yang mungkin boleh mengancam nyawa yang berkemungkinan datangnya daripada khinzir. Macam-macam kajian telah dibuat berkenaan haiwan ni, cuma bergantung kepada kita untuk memikirkannya dan membuat pilihan yang tepat kerana kita telah tahu akibatnya samaada baik atau buruk dan disebalik pengharaman di dalam Al-Quran, ternyata terlalu banyak hikmah yang boleh difikir dan direnungi bersama bagi mereka yang mahu mengkaji dan berfikir. Tepuk dada, tanya hati..

No comments: