First Impression Pulau Nami atau Namiseom kata org Korea, adalah Pulau kat laut macam kat Malaysia la,.. ingat macam Pulau Redang ke, Perhentian ke, Pangkor ke,.. rupa-rupanya Pulau dekat sungai. Nami Island ni tempat yang popular kerana tempat shooting Drama Winter Sonata, Drama Korea berepisod yang agak popular sekitar tahun 2001-2002 la kot kalau tak silap.
Jadi untuk ke sana, teman bukak
Google maps jer tgk direction dan cara nak pergi ke sana, boleh pergi dengan
bas, teksi atau subway. Kali ni kami memilih perjalanan paling budget iaitu
dengan subway. Beberapa perkara untuk guna subway ni
- Dapatkan map laluan subway
- Pastikan arah subway (akan merujuk kepada stesen terakhir)
- Tempat pertukaran Line (Nama Stesen)
Bagi kami dari Itaewon, untuk ke Namiseom
- Naik Line no 6 dari Stesen ITAEWON arah ke BONGHWASAN ke stesen DONGMYO (7 stop)
- Tiba di stesen DONGMYO tukar ke Line no 1 arah ke SOYOSAN ke stesen CHEONGNYANGNI (3 Stesen)
- Tukar ke Line ITX Express laluan CHUNCHEON ke stesen GAPYEONG (Express train, hanya berhenti 2 stesen sahaja, tambahan tambang 5,100 won seorang dengan masa perjalanan 39 minit)
- Tiba di stesen GAPYEONG, ada Information kaunter kat luar, boleh tanya. Ada 2 cara untuk ke Jeti iaitu; Teksi dengan tambang 4,000 won untuk 1 teksi (4 orang) atau bas dengan tambang 1,200 won seorang
- Di Jeti beli VISA (Tiket untuk ke Pulau Nami)
- 8,000 won seorang (harga pelancong, orang local 10,000 won)
- kanak-kanak untuk usia 3-13 tahun 4,000 won
- bawah 36 bulan Free.
- Harga untuk round trip pergi dan balik
Balik
dari Nami Island, kami menghabiskan ronda-ronda di sekitar Itaewon, ada jugak
kedai-kedai Sourvenier yang harga berpatutan, dan yang pastinya di Itaewon juga
banyak makanan-makanan yang halal cuma harganya sahaja yang mahal. Rasanya paling
murah pun Ice Cream Tradisi Turki harganya
- 3,000 won bersamaan 3,
000=> 3 X RM3.3 = RM9.90 ,.. tu aiskrim … - kalau Turkish Kebab 5,000 won => 5 X RM 3.3 = RM 16.50 .
No comments:
Post a Comment