Sekadar berkongsi maklumat kepada yang ingin berkunjung secara sendiri ke Korea,... mungkin ada pandangan dan pendapat masing-masing mengikut keperluan. bagi teman, keperluan yang disenaraikan ini ada keperluan yang teman sendiri menggunakan sepenuhnya. mungkin ada yang kurang,.. boleh ditambah mengikut keperluan sendiri..
1. Makanan
Disebabkan makanan halal agak susah untuk diperoleh dan
kalau ada pun, harganya sangat mahal, jadi mudahnya kalau bawak sendiri makanan
segera. Mungkin boleh dimasak terlebih dahulu sebelum dipek dengan baik atau
beli yang dalam tin. Periuk nasi yang kecil boleh dibawa dalam beg travel yang
besar. Agak pelbagai guna juga rice cooker ni selain masak nasi. Lauk pun
boleh!.
Botol air yang kecil juga perlu dibawa untuk memudahkan
ketika anda ke tandas, maklumlah, takde paip.. hehehehe… pandai-pandai lah nak
beristinjak.
2. Perjalanan
1. Seoul Area Subway Network
Bagi teman benda ni sangat penting bagi teman setiap kali
nak merangka perjalanan. Map ni sangat penting untuk rancang di mana pertukaran
Line Subway, arah stesen dan destinasi jika anda menggunakan Subway. Transport
yang sangat efisyen di Seoul. Pengangkutan yang sangat mudah dan murah
berbanding dengan teksi dan bas. Purata 1 perjalanan ialah 1050 won = sekitar
RM3 lebih. Boleh dapatkannya secara percuma di semua stesen-stesen subway.
2. International Passport
Yang ni sudah semestinya lah. Satu satunya pengenalan
diri yang kita bawa
3. Duit Korean Won
Orang tua-tua kata kalau nak masuk hutan, kene bawak
parang, nak masuk bandor kene bawak duit. Kadar tukaran bulan Jun 2014 adalah
1000 won = RM3.30.
- Anda boleh set pada mesin ATM Maybank / CIMB dan sesetengah bank untuk draw cash money di Korea
- Bagi sesetengah transaksi, teman lebih suka menggunakan kad kredit kerana nilai tukaran lebih rendah dan lebih menguntungkan. Tapi perlu diingat, jangan main sedap jer gesek,.. bayor kene full settlement sebelum due baru betul.
4. Buku Log
Bagi teman, perjalanan perlu dicatat dalam buku log
peribadi untuk tujuan rekod. Banyak keperluan dalam catatan perjalanan. Cuma
rajin dengan malas jer nak buat.
5. Smartphone
Terpulang pada brand dan usage masing-masing. Wifi di
Seoul merata-rata dan laju, tak perlu beli simkad dgn data internet. Teman guna
google maps utk route perjalanan, ambil sikit2 gambar, booking hotel, review
lokasi dan tempat dari blog2 kawan2, komunikasi dengan kawan2 dgn FB, Whatsapp,
Video call dgn family dgn Wechat, download dan upload apa2 yang patut. Pendek
kata perlu lah.. oleh yang demikian, support juga perlu untuk dia
- International adapter (utk plug dia)
- Astention wire (utk soket kita)
- Power bank kot2 tgh jalan memerlukan xtra tenaga
6. T-Money (Touch
& Go)
Boleh beli dengan harga 2,500 won setiap satu di kedai2
serbanika atau 7 Eleven di stesen Subway, dan boleh topup pada vending machine
atau nak mudah boleh topup di kedai2 serbanika atau 7 Eleven. Sangat berguna
dan memudahkan pergerakan dengan membayar tambang semua pengangkutan subway,
bas dan teksi.
7. Kamera
Kamera digital yang memang sepatutnya ada untuk merakamkan detik2 bersejarah. boleh guna smartphone, cuma tidak dapat sepenuhnya, mungkin bateri tak dapat diguna sehingga semua tempat berbanding dengan kamera digital yang lebih efisyen hanya untuk bergambar.
2 comments:
perkongsian yg menarik..Teringin juga nak gi backpackers mcm ni
Bereh boh,.. harap sedikit mklumat dpt membantu,..
Post a Comment