Blogger templates

Pages

Sunday, June 15, 2014

Seoul Honeymoon Backpackers Part 3 - Trickeye Museum, Gyongbokgung Palace & Cheongyechon Stream



Sesudah sarapan, kerangka lawatan terus ke Trickeye Museum dan pergerekannya

  •  Naik Subway Line 6 dari Itaewon arah BULGWANG / YEONSINNAE ke stesen SANGSU (7 stop)
  • Exit no 1 dan teruskan jalan kaki sekitar 15 minit sehingga ke 1 blok kedai (teman ikut guide google map) 
  •  Lokasi museum bawah tanah (turun tangga)

Atau :
  •  Boleh naik subway dari mana lokasi ke ke Stesen Hongik Universiti, ikut peta lebih dekat
  • Tiket berharga 15,000 won seorang.  Agak berbaloi jugak la pada yang suka berfotografi 
  •  Terus masuk ke Ice Museum di sebelahnya dengan tiket yang sama. 
  •  Love Museum di aras atasnya, (18sx tu).. underage takleh masuk 
  •  Bayaran 7,000 won seorang (diskaun setelah masuk Trickeye Museum) – tapi macam tak berapa rekemen la masuk, takde yang menarik dgn berbaloi bayaran





Selesai sesi berfotografi, kami pun pulang semula ke Guesthouse, kemas beg, dan bersiap untuk check out


1258H kami check out dan meneruskan ke hotel yang telah ditempah di Gangnam, tetapi malangnya hotel berkenaan telah menghadapi masalah untuk menerima tempahan melalui Booking.com, lalu kami walk-in ke sebuah Motel di tepi main road berdekatan stesen Subway untuk baki 2 malam. 70,000 won untuk semalam dan 120,000 won untuk 2 malam. Ok la tu,.. tandas pun kat dalam, dah takde share toilet,.. settle dah.
Setelah berehat menghilangkan penat seketika, next trip terus ke Istana lama di GYEONGBOKGUNG PALACE. Disebabkan kami memang sudah berhampiran dengan stesen subway SINSA Line 3 so takpayah tukor train la,.. 
  •  Subway Line 3 Arah DAEHWA terus ke stesen GYEONGBOKGUNG , 11 stesen jugak la 
  •  Keluar dari subway terus ke GYEONGBOKGUNG Palace 
  •  Tiket masuk seorang 3,000 won, 
  •  Jika group lebih 10 orang 2,400 won seorang 
  •  Bawah 36 bulan FOC, biasalah pada kebanyakan tempat di Korea 
  •  Tiket terakhir dijual adalah jam 1700H, dan ditutup pada 1900H








Memang dia dah estimate 2 jam berjalan-jalan sekitar kawasan Istana lama ni,.. luas dan menarik. Ada museum di sebelahnya juga, last entry jam 1800H, estimate meronda dalam 1 jam
 
Selesai ronda, hajat kami terus ke CHENGYECHON STREAM, ia adalah terusan buatan manusia di tengah kota Seoul, airnya sangat bersih dan jernih tidak seperti kebanyakan sungai atau longkang di negara kita. Tempat ni jadi lokasi rekreasi sekeluarga. Ada lampu2 berkerdipan waktu malam.
·         Dari GYEONGBOKGUNG PALACE kami masuk semula ke subway line 3 arah OGEUM terus ke stesen EULJIRO 3(SAM) GA
·         Jalan kaki menghala ke jambatan (bawah tu la tempatnyer)


Lepas penat pusing-pusing, kami naik Subway Line 3 arah OGEUM terus ke stesen SINSA dan pulang ke Motel dan charging battery untuk diguna mendaki pulak keesokannya.

No comments: