Blogger templates

Pages

Friday, December 17, 2010

Sarapan pagiku...

Seperti biasa permulaan hari dimulakan dgn bersuci dan bersolat subuh. Itu merupakan sarapan rohani seawal pagi pada. Rutin harianku biasanya dimulakan dgn Sarapan pagi. Bagiku sarapan merupakan suatu keperluan yang amat penting. Pengambilan sarapan yang berkhasiat juga penting sebagai penjana kepada tenaga yang akan digunakan untuk seharian bekerja.

Pemakanan harianku sudah semestinya menjadikan makan pagi atau sarapan penting dan lazimnya agak berat berbanding makan tengah hari, jauh sekali makan malam. Kalau ketika aku masih berkhidmat di Pulau Pinang, sudah semestinya Nasi Kandar, Nasi Lemak, roti canai kuah banjir menjadi pilihan. Itu pun bukan semua tempat rasanya sama.

Jika di Kuala Terengganu, Nasi Dagang di Manir sangat meruntun seleraku menyebabkan satu tarikan utama untuk aku berkunjung ke sana. Nasinya yang dikukus dengan ramuan-ramuan terpilih, dimakan dengan ikan tongkol (org tempatan memanggilnya dgn nama ikan 'Ayer') yang dikukus dan dimasak dgn rasa masam-masam pedas. Cukup menyelerakan!.

Jika di Ipoh, semestinya seleraku masih lagi mahu makanan-makanan Johor. Seperti biasa, kalau sekiranya waktu cuti, aku akan singgah bersarapan di Restoran Kopi Stesen di Medan Istana, Ipoh. Pemilik Restoran tersebut merupakan saudara terdekat kepada pemilik Restoran Kopi Stesen di Kluang, Johor, tempat aku membesar. Kopi tariknya yang mengekalkan keaslian rasa apabila ditarik segala bahan-bahannya teradun menjadikan rasanya cukup sebati dengan aroma yang memikat kalbu, Roti Bakar bunnya pula dgn kaya yang dibuat sendiri cair bersama majerin, Mee Jawa yang berkuah pekat dgn ayam kari... cukup membuka seleraku.

Walaupun aku pergi ke kedai-kedai makan yang lain di Ipoh ni, namun seleraku tetap kepada Kopi dan roti bakar Kopi Stesen pastinya akan menjadi tempat sarapan kegemaranku selagimana ia dapat mengekalkan keaslian rasanya.

No comments: