Blogger templates

Pages

Monday, June 16, 2014

Part 5 - Keperluan ke Seoul



Sekadar berkongsi maklumat kepada yang ingin berkunjung secara sendiri ke Korea,... mungkin ada pandangan dan pendapat masing-masing mengikut keperluan. bagi teman, keperluan yang disenaraikan ini ada keperluan yang teman sendiri menggunakan sepenuhnya. mungkin ada yang kurang,.. boleh ditambah mengikut keperluan sendiri..
 
1. Makanan

Disebabkan makanan halal agak susah untuk diperoleh dan kalau ada pun, harganya sangat mahal, jadi mudahnya kalau bawak sendiri makanan segera. Mungkin boleh dimasak terlebih dahulu sebelum dipek dengan baik atau beli yang dalam tin. Periuk nasi yang kecil boleh dibawa dalam beg travel yang besar. Agak pelbagai guna juga rice cooker ni selain masak nasi. Lauk pun boleh!.
Botol air yang kecil juga perlu dibawa untuk memudahkan ketika anda ke tandas, maklumlah, takde paip.. hehehehe… pandai-pandai lah nak beristinjak.

2. Perjalanan



1. Seoul Area Subway Network
Bagi teman benda ni sangat penting bagi teman setiap kali nak merangka perjalanan. Map ni sangat penting untuk rancang di mana pertukaran Line Subway, arah stesen dan destinasi jika anda menggunakan Subway. Transport yang sangat efisyen di Seoul. Pengangkutan yang sangat mudah dan murah berbanding dengan teksi dan bas. Purata 1 perjalanan ialah 1050 won = sekitar RM3 lebih. Boleh dapatkannya secara percuma di semua stesen-stesen subway.

2. International Passport
Yang ni sudah semestinya lah. Satu satunya pengenalan diri yang kita bawa

3. Duit Korean Won
Orang tua-tua kata kalau nak masuk hutan, kene bawak parang, nak masuk bandor kene bawak duit. Kadar tukaran bulan Jun 2014 adalah 1000 won = RM3.30.

  • Anda boleh set pada mesin ATM Maybank / CIMB dan sesetengah bank untuk draw cash money di Korea
  • Bagi sesetengah transaksi, teman lebih suka menggunakan kad kredit kerana nilai tukaran lebih rendah dan lebih menguntungkan. Tapi perlu diingat, jangan main sedap jer gesek,.. bayor kene full settlement sebelum due baru betul.


4. Buku Log
Bagi teman, perjalanan perlu dicatat dalam buku log peribadi untuk tujuan rekod. Banyak keperluan dalam catatan perjalanan. Cuma rajin dengan malas jer nak buat.

5. Smartphone
Terpulang pada brand dan usage masing-masing. Wifi di Seoul merata-rata dan laju, tak perlu beli simkad dgn data internet. Teman guna google maps utk route perjalanan, ambil sikit2 gambar, booking hotel, review lokasi dan tempat dari blog2 kawan2, komunikasi dengan kawan2 dgn FB, Whatsapp, Video call dgn family dgn Wechat, download dan upload apa2 yang patut. Pendek kata perlu lah.. oleh yang demikian, support juga perlu untuk dia

  • International adapter (utk plug dia)
  • Astention wire (utk soket kita)
  • Power bank kot2 tgh jalan memerlukan xtra tenaga

6.  T-Money (Touch & Go)
Boleh beli dengan harga 2,500 won setiap satu di kedai2 serbanika atau 7 Eleven di stesen Subway, dan boleh topup pada vending machine atau nak mudah boleh topup di kedai2 serbanika atau 7 Eleven. Sangat berguna dan memudahkan pergerakan dengan membayar tambang semua pengangkutan subway, bas dan teksi.

7. Kamera 
Kamera digital yang memang sepatutnya ada untuk merakamkan detik2 bersejarah. boleh guna smartphone, cuma tidak dapat sepenuhnya, mungkin bateri tak dapat diguna sehingga semua tempat berbanding dengan kamera digital yang lebih efisyen hanya untuk bergambar.

Sunday, June 15, 2014

Seoul Honeymoon Backpackers - Part 4 - Building 63, Namsan Tower, Myengdong Market dan Insa-Dong Market, Hangang River and Back Home



Hari last all out trip,.. mula-mula terus ke Buiding 63, antara bangunan tertinggi di Seoul, ada beberapa Museum untuk dilawati. Untuk ke sana,
Subway Line No 1 atau Line 9 ke Stesen NORYANGJIN, lepas tu kene naik teksi la atau
Subway Line No 1 ke Stesen DAEBANG, keluar dari subway ada shuttle bas FOC ke Building 63


  • Buka jam 1000H, ada beberapa Museum di sana, Skyart Museum, Wax Museum, 3D Dinasour, Cuma costing agak tinggi kalau nak masuk semua Museum.







Then kami terus menuju NAMSAN TOWER. Tempat yang konsider wajib kene pegi lah, asyik dok nengok drama berlakon kat situ, Awan Dania kot tak silap, main letak padlock banyak2… hahahaha…


  • Naik Line 1 dari stesen DAEBANG arah ke SEOUL STATION dan turun di SEOUL STATION
  • Tukar ke Line no 4
  • Berhenti di stesen MYENGDONG, EXIT 3 atau 4
  • Kalau terkeluar EXIT 1 boleh jugak, Cuma jalan kaki mendaki bukit dan agak jauh (maintain fitness boleh).. hehehe


Tapi nak jadi cerita, kami tersilap EXIT ke pintu 1, jadi bila keluar tak nampak lokasi Cable Car. Kebetulan ada 1 group gang2 warga emas dgn pakaian sukan, dalam 7 orang. Kami pun terus tanya lokasi ke Cable Car,.. ada seorang uncle boleh berbahasa Inggeris mengajak kami berjalan bersama kerana haluan yang sama. Sambil berjalan sambil bersembang,.. rupanya Uncle ni kerja sbg Engineer di Korean Air, masih bekerja cuma 2 kali seminggu. Berusia 68 tahun, ada 3 orang anak dan 2 orang cucu bagi setiap anak (6 orang senang cerita)… katanya tak jauh, jadi kami pun ikut jer langkahnya. Walaupun group ni group veteran yang berusia 65 tahun ke atas, tetapi sangat fit!. Tak mengah, siap boleh gelak2 dan laju pulak tu mendaki bukitnya.

Sesampai di Cable Car Station, dia tersenyum dan mengucap selamat pada kami dan melambai. Ingatkan nak naik cable car sekali, rupanya berjalan terus sampai Namsan Tower!.. malu pulak rasanya .. ;p










Selesai beli tiket dengan harga 8,500 won seorang untuk roundtrip. Sampai sahaja ke atas, kebetulan tgh berlangsung ceremony menghidupkan api becon kat atas. Selesai upacara tradisi dgn pakaian tradisionalnya kami pun ambil kesempatan bergambar dan terus ke Namsan Tower.






Apa lagi, semua visitors terutama dari luar negara bergambor sakan, berposing,.. bila kami posing ramai yang dan mintak org ngambik gambor, ramai yang tergelak2 tapi lepas tu depa plk yang posing camtu.. hehehe.. Cuaca atas bukit sederhana, sekitar 20-22°C dan berangin, berkabus nipis, boleh nampak bandar Seoul dari atas bukit. Bau harum kopi dan Roti + Oregano bakar menusuk ke lubang hidung menyebabkan perut jadi lapar, tetapi apakan daya makanan lom tentu halalnya. Kami pun cari satu angle dekat dengan paip air minuman, bukak bekal nasi, sambal tumis, ikan Bandeng (indon mari) goreng, ikan bilis (ala2 menu nasi lemak).. mmg sedap makan tgh lapar dgn cuaca sederhana camni. Ramai lg orang2 local siap bawak tikar dan bekal berkelah dgn keluarga dan kawan-kawan. Memang meriah kat atas…












 
Di atas tower tu ada juga Muzium, mcm Teddy Bear Museum, Cuma kami tak berapa minat nak ke atas tu,.. kaunter tiket ada di bawah. Setelah puas berposing2 kami turun ke MYEONGDONG semula dgn Cable Car. Sampai sahaja ke bawah, tanya dgn security terun pointing jari k bangunan tinggi ada huruf ‘M’ besor.. Tu la MYEONGDONG Market. Turun jalan kaki dalam 15 minit dan sampailah..

Sampai ke bawah, kami pun pusing2 dan cuci mata jer, takde shopping apa2 pun sebab rasa mahal, lps tu takde la kot benda pelik2 sikit nak bawak balik. Ada la beli makanan dgn offer buat rasa2.


Penat jugak memusing window shopping, terus balik.


  • Ke stesen MYEONGDONG subway Line 4 CHUNGMURO
  • Tukar ke Line 3 arah OGEUM terus ke stesen SINSA


Balik hotel, solat dan berehat kejap…

Petang, kami keluar semula, kali ini ke INSA-DONG MARKET, nak tengok2 apa yang sesuai dibeli atau sekadar window shopping jer,.. subway tukar-tukar hingga ke Line 1 stesen JONGGAK, EXIT 3. Jalan terus hingga melalui hujung blok bangunan, terus nampak di sebelah kiri sepanjang-panjang pasarnya. Fokusnya adalah sourvenier. Beli jugak la sikit2 utk kenang kenangan, Penanda buku, Tshirt I LOVE KOREA, dan sikit2 pelekat peti sejuk. Barang biasa jer, tapi harganya yang tak tahan bila dah convert dlm RM.

Hajat terakhir adalah ke HANGANG RIVER CRUISE. Cuma sebab kesuntukan masa, rasanya takde la naik cruise, kosnya 11,500 won seorang. Tempat mmg cantik dan bersih. Rekreasi keluarga, ada yang berbasikal, ada yg berkhemah, minum2.. macam2 aktiviti berkeluarga.


  • Dari INSA-DONG terus ke Stesen Subway Line 1 stesen JONGGAK ke JANGNO 3(SAM) GA – 1 stop
  • Tukar ke Line 5 arah BANGHWA terus ke stesen YEOUIDO

Keluar subway, jalan kaki 5 minit dah sampai.

Settle snap2 gambor, terus balik semula ke Motel dengan subway. Perjalanan harini  memang sangat pack dan penat, tapi sangat puas walaupun tak dapat pergi semua. Esok pagi kami hanya berkemas dan bergerak ke Incheon Airport sekitar jam 1100H dan tiba di Incheon Airport sekitar jam 1240H dgn subway jugak.

Di sebabkan zohor dah masuk, jadi saya terus cari prayer room, tp sayangnya takde Muslim Prayer Room, maka lepas wudhuk cari angle yang sesuai, bentang sejadah, solat terus. Selesai masalah. Penerbangan balik ke KL jam 1625H waktu tempatan. Alhamdulillah tiba di KLIA2 jam 2130H, selesai ambik bagasi sekitar 2230. Bertolak ke Ipoh jam 2350H setelah bersembang2 seketika di rumah ucu. Sampai di Ipoh 0200H 10 Jun 2014.

Seoul Honeymoon Backpackers Part 3 - Trickeye Museum, Gyongbokgung Palace & Cheongyechon Stream



Sesudah sarapan, kerangka lawatan terus ke Trickeye Museum dan pergerekannya

  •  Naik Subway Line 6 dari Itaewon arah BULGWANG / YEONSINNAE ke stesen SANGSU (7 stop)
  • Exit no 1 dan teruskan jalan kaki sekitar 15 minit sehingga ke 1 blok kedai (teman ikut guide google map) 
  •  Lokasi museum bawah tanah (turun tangga)

Atau :
  •  Boleh naik subway dari mana lokasi ke ke Stesen Hongik Universiti, ikut peta lebih dekat
  • Tiket berharga 15,000 won seorang.  Agak berbaloi jugak la pada yang suka berfotografi 
  •  Terus masuk ke Ice Museum di sebelahnya dengan tiket yang sama. 
  •  Love Museum di aras atasnya, (18sx tu).. underage takleh masuk 
  •  Bayaran 7,000 won seorang (diskaun setelah masuk Trickeye Museum) – tapi macam tak berapa rekemen la masuk, takde yang menarik dgn berbaloi bayaran





Selesai sesi berfotografi, kami pun pulang semula ke Guesthouse, kemas beg, dan bersiap untuk check out


1258H kami check out dan meneruskan ke hotel yang telah ditempah di Gangnam, tetapi malangnya hotel berkenaan telah menghadapi masalah untuk menerima tempahan melalui Booking.com, lalu kami walk-in ke sebuah Motel di tepi main road berdekatan stesen Subway untuk baki 2 malam. 70,000 won untuk semalam dan 120,000 won untuk 2 malam. Ok la tu,.. tandas pun kat dalam, dah takde share toilet,.. settle dah.
Setelah berehat menghilangkan penat seketika, next trip terus ke Istana lama di GYEONGBOKGUNG PALACE. Disebabkan kami memang sudah berhampiran dengan stesen subway SINSA Line 3 so takpayah tukor train la,.. 
  •  Subway Line 3 Arah DAEHWA terus ke stesen GYEONGBOKGUNG , 11 stesen jugak la 
  •  Keluar dari subway terus ke GYEONGBOKGUNG Palace 
  •  Tiket masuk seorang 3,000 won, 
  •  Jika group lebih 10 orang 2,400 won seorang 
  •  Bawah 36 bulan FOC, biasalah pada kebanyakan tempat di Korea 
  •  Tiket terakhir dijual adalah jam 1700H, dan ditutup pada 1900H








Memang dia dah estimate 2 jam berjalan-jalan sekitar kawasan Istana lama ni,.. luas dan menarik. Ada museum di sebelahnya juga, last entry jam 1800H, estimate meronda dalam 1 jam
 
Selesai ronda, hajat kami terus ke CHENGYECHON STREAM, ia adalah terusan buatan manusia di tengah kota Seoul, airnya sangat bersih dan jernih tidak seperti kebanyakan sungai atau longkang di negara kita. Tempat ni jadi lokasi rekreasi sekeluarga. Ada lampu2 berkerdipan waktu malam.
·         Dari GYEONGBOKGUNG PALACE kami masuk semula ke subway line 3 arah OGEUM terus ke stesen EULJIRO 3(SAM) GA
·         Jalan kaki menghala ke jambatan (bawah tu la tempatnyer)


Lepas penat pusing-pusing, kami naik Subway Line 3 arah OGEUM terus ke stesen SINSA dan pulang ke Motel dan charging battery untuk diguna mendaki pulak keesokannya.