
Bagi diriku, satu perkara yang sentiasa menjadi impian sejak aku bersekolah rendah apabila ustaz dan ustazahku sering mengingatkan untuk menunaikan fadhu haji apabila sudah berkemampuan. Sejak itu, aku menanam impian yang sangat mendalam untuk menunaikannya satu hari kelak. Tambahan pula, apabila mendengar kisah-kisah dari mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan berbagai-bagai kisah yang menarik didengari sehingga timbul inkuiri dalam jiwaku tentang tanah suci.
Ketika aku berusia 10 tahun, ibu dan ayahku telah pergi menunaikan haji yang ketika itu usia mereka lingungan 30-an. Usia sebegini dianggap muda untuk menunaikan haji. Namun sesuatu yang menjadi persepsi dalam masyakarakat melayu amnya, menunaikan haji seolah-olah mesti ketika usia tua sehinggakan entitle ‘Pak Haji atau Mak Hajjah’ sudah tentu dapat digambarkan oleh masyarakat adalah mereka yg berusia setengah abad ke atas.
“Tak boley ke pegi haji muda2?” soalan yang sering aku bertanya… biasanya skrip jawapannya..
1. “ Muda enjoy la dulu, tua baru pegi… taubat la nanti…”
2. “Susah la.. anak kecik lagi / belaja lagi / ”…
3. “ Belum sampai seru la”…
4. “ susah nak tinggal kerja ni… “
5. “Rumah, kebun, ayam, itik nanti takde orang nak jaga…”
6. “biasa pegi haji ni org tua-tua jer… mana ada org muda… “
7. “ kalau dapat pegi, bagus lah… tapi kalau tak tak dapat pegi lagi bagus… “
8. “Takut lah nak pegi, macam2 cerita… nnti kalau dah tua, dah tak mampu berjalan, atau dah mati, saya upah ajer la, jimat sikit… baru seribu lebih.. “
Beginilah lebih kurang jawapan-jawapan yang pernah kudengar apabila soalan sebegini diajukan. Bagi diriku yg ketika itu masih kanak-kanak ketika itu, sudah tentu akan di’set’ dalam minda bahawa haji hanya untuk orang tua. Namun demikian, ketika aku dalam tahun 3, dalam pengajianku di Universiti Malaya, seorang pensyarahku dalam bidang Teknologi pendidikan pernah berkata dan menasihatkan kami di dalam kelas.
“ Nanti bila kamu kerja, simpan dulu duit untuk pegi haji, utamakan itu dulu, yang lain2 kemudian, insyaallah Allah akan ganti semua tu... Ada kisah pelajar saya {senior kamu}, masing2 graduate masa yang sama, posting tarikh yang sama, berkahwin dalam tahun yang sama, tetapi satu pasangan ni bila dapat gaji, beli rumah besar, kereta besar, dll, manakala satu pasangan lagi berjimat dengan mengumpukan duit untuk menunaikan haji, sewa jer rumah kecil, takde aksesori rumah canggih2, pakai motor buruk jer yang diguna masa di kampus. Tetapi, setelah balik haji pasangan kedua tadi, dgn izin Allah, beli kereta lebih besar, rumah lebih besar dan kehidupan mereka lebih selesa dan mewah, tu semua berkat rezeki yang mereka perolehi seperti yang Allah janjikan”…
Tetapi bagi diri kita, kemewahan bukanlah matlamat utama dalam menunaikan ibadah berkenaan, namun keredhaan dari Allah merupakan objektif utama di samping menunaikan tuntutan Rukun Islam ke lima yang wajib bagi Umat Islam yang Mukallaf (Islam-Baligh-Berakal) serta berkemampuan sekali dalam seumur hidup. Selebihnya adalah ganjaran yang akan diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang ikhlas dan khusyuk. Namun demikian, bagi yang masih belum berkemampuan, ia masih lagi belum wajib untuk menunaikannya. Istilah MAMPU adalah ditakrifkan sebagai;
i ) Mempunyai tambang yang cukup untuk pergi dan balik ke tanah air
ii ) Mempunyai kewangan dan sara hidup yang cukup ketika berada di Tanah Haram
iii ) Mempunyai pengangkutan pergi dan balik
iv ) Selamat perjalanan pergi dan balik (daripada peperangan dsbg)
v ) mempunyai nafkah yang cukup kepada tanggungan yang ditinggalkan
Di saat itu, keazamanku lebih kuat lantaran aku telah melalui pengalaman pertama menunaikan Umrah ketika aku berusia 16tahun. Sememangnya pengalaman melihat Ka’abah untuk pertama kali tidak dapat dilupakan dengan emosi bercampur baur – sebak – sayu – gembira .. memang aku tak dapat nak gambarkan perasaan tersebut….