Blogger templates

Pages

Sunday, May 10, 2009

Mee Udang Kuala Sepetang

Kali pertama aku memandu masuk ke pekan Simpang, Taiping bermakna lebih kurang 10 KM lagi untuk aku tiba di kawasan yang sangat sinonim dengan Mee Udangnya. Apa yang istimewanya mee udang ni sehingga menjadi bualan rakan-rakan ku baik di tempat kerja, mahupun rakan-rakanku yang lain. Apa yang lebih istimewa lagi tempat ni menjadi sebutan masyarakat di Malaysia amnya bagi yang suka berjalan sambil cari makan.. (aku la salah seorang daripadanya..)
Kuala Sepetang sebenarnya hanya sekitar 80 km dari kediamanku, namun itulah perkara yang biasa berlaku pada mereka yang tinggal berhampiran. Tempat yang jauh, semua dah sampai, tapi yang dekat sekali tak sampai lagi. Sebaik sahaja aku memulas stering kereta ku ke Pekan Kuala Sepetang, berurutan sepanjang kiri dan kanan jalan gerai-gerai memaparkan kehebatan iklan masing-masing bagi memberhentikan pemandu untuk menjamah mee udang gerai mereka.

Sebaik sahaja aku tiba di gerai sdr Fauzi, atas rekemen dari rakan SBM ku, aku menggambarkan apalah agaknya keistimewaan rasa mee udang kuala sepetang. Setelah mengambil tempat dan memesan, dalam tempoh masa yang agak singkat telah siap semua pesanan yang dipesan.

First impression sahaja sudah menggambarkan rasanya. Mee yang jenuh dengan udang bersaiz L dan kuah yang pekat dengan lengkap aksesori mee. Setelah berdoa dan menghirup kuah mee, tergambar apa yang dibayangkan telah menjadi kenyataan. Sememangnya rasanya membuatku berpuashati. Apa yang lebih penting, kuantiti mee telah didominasi oleh jumlah udang yang banyak. Kukira udang yang kuratah itu adalah udang yang segar kerana kurang rasa mualnya bahkan manis dan original.

Apa yang boleh digambarkan, kepuasan meratah udang yang banyak dan isteriku menyifatkan mee udang di sini sampai penat mengunyah dan meratah. Memang satu kepuasan bagi penggemar makanan laut yang segar untuk merasai dan menikmati udang-udang besar yang segar dengan harga yang berpatutan. tidak la mahal sangat, sesuai dengan jumlah udang yang banjir dalam mangkuk mee tersebut. Setelah selesai menjamah makanan dengan puas, aku ingin melihat pekan Kuala Sepetang.

Pekan Kuala Sepetang adalah sebuah perkampungan nelayan yang terdiri majoriti penduduknya berbangsa cina. Bagi yang meminati untuk menerokai alam semula jadi berbentuk pembelajaran, terdapat kawasan hutan paya bakau yang asli untuk tujuan pendidikan dan boleh menyewa bot untuk melihat sendiri perkampungan nelayan dan juga menginap dii resort yang disediakan. Keenakan makanan tersebut membuatkan ku teringat-ingat. Tetapi, apa yang perlu diingat, kesihatan juga perlu dijaga. Jangan sebab pemakanan yang berlebihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit yang tidak diundang sekiranya tidak diurus dan diatur dengan baik.

Saturday, May 9, 2009

Khinzir dan selsema

Baru-baru ni kita digembarkan dengan kematian di Mexico dan beberapa negara di dunia kerana selsema khinzir selsema burung. Macam-macam selsema ada. Tetapi apa yang membimbangkan, selsema atau virus influenza A ni boleh membunuh. Kalau masa selsema burung, habis semua unggas-unggas dilupuskan. Tapi, bila selsema khinzir je.. dilupuskan ke tak?.. kurang periksa la...
Mungkin kerana khinzir ni adalah salah satu makanan utama manusia, mungkin bagi sesuatu tempat la agaknya. Tetapi bagi pandangan saya la,khinzir ni binatang yang memang dah jelas pengharamnya di dalam Al-Quran seperti mana firman Allah mafhumnya :

" Haram bagi kamu memakan bangkai dan darah dan daging khinzir dan yang disembelih bukan dengan nama Allah.... akhir"
- Surah Al-Maidah, Ayat 3

Biasanya kalau dah jelas spesifikasi hukum tu, memang tidak boleh diragukan dan tiada perbahasan mengenai hukum makan daging khinzir kalaupun ketika darurat, daging khinzir adalah makanan terakhir yang diharuskan untuk makan, dan memang tiada makanan lain selain drpd khinzir tu, kalau tak makan, akan mati dan katakanlah tengah makan, nampak biawak lalu, kena tinggalkan khinzir tu dan makan biawak tu lebih baik.

Di sebalik pengharamannya, ada 1001 hikmah yang boleh difikirkan. Selain daripada hukum sebagai tanda kesetiaan kepada Allah (li taabbud) ada banyak sebab-sebab lain yang berkaitan hikmah pengharamannya.
Sebenarnya, virus influenza ini dah menyebarkan wabaknya sejak tahun 1918 lagi, sewaktu perang dunia pertama. Wabak yang dikenali sebagai Spanish Flu yang membunuh hampir 20 hingga 40juta manusia seluruhnya yang dikatakan berpunca daripada khinzir2 yang dimakan oleh tentera Amerika dan di bawa serta berjangkit ke seluruh dunia dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan Asian Flu pada tahun 1957 dan wabak yang menyerang Hong Kong tahun 1968 berkemungkinan berpunca daripada khinzir. Di Malaysia pula wabak JE dikaitkan dengan khinzir selain dari NE yang juga datang daripada khinzir ini.
Virus ini sebenarnya adalah sejenis protein yang dinamakan sebagai H1N1. (H) merujuk kepada hemagglutinin dan (N) neuraminidase. Kesemua virus influenza A terdiri daripada 2 perkara ni cuma berbeza dari struktur protein sahaja bergantung kepada perubahan mutasi genetik. Virus Influenza A ini pula terdiri daripada 2 keadaan protein H 1 hingga 16 dan N 1 hingga 9. Meskipun demekian, H 1,2 dan 3 serta N 1 dan 2 adalah yang lazim ditemui pada manusia.
Ini bermakna kita masih lagi terdedah kepada 144 virus influenza yang mungkin boleh mengancam nyawa yang berkemungkinan datangnya daripada khinzir. Macam-macam kajian telah dibuat berkenaan haiwan ni, cuma bergantung kepada kita untuk memikirkannya dan membuat pilihan yang tepat kerana kita telah tahu akibatnya samaada baik atau buruk dan disebalik pengharaman di dalam Al-Quran, ternyata terlalu banyak hikmah yang boleh difikir dan direnungi bersama bagi mereka yang mahu mengkaji dan berfikir. Tepuk dada, tanya hati..